Thursday, February 13, 2014

BMM 3109 : TOPIK 5

Golongan Kata Bahasa Melayu  

           1)    Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu  
Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:
a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):
b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):
d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

2)    Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu
Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

3)    Ciri-Ciri Golongan Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri

4)    Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu
Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

i)             Jenis-Jenis Golongan Kata Nama
Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

a. Kata Nama Khas
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

b. Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

c. Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Ii ) Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006).

ii)            Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja
Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif. (a) Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:

i) Samad membacakan ayahnya surat.
ii) Pengarang itu menulis buku.
iii) Aminah sedang mencuci pakaian.
iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

(b) Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.
Contoh :

i) Pegawai itu berkereta ke pejabat.
ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
iv) Gadis itu tersenyum.
v) Padi sedang menguning.
vi) Pemuda itu sedang berbual.


No comments:

Post a Comment