Thursday, February 13, 2014

BMM 3109 : TOPIK 4

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu


1) KATA MAJMUK

A) Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).

B) Jenis-Jenis Kata Majmuk

Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :

i. Kata Majmuk Rangkaian bebas
ii. Kata Majmuk Pengimbuhan
iii. Kata Majmuk Penggandaan


Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas
         Contoh :


dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya :


Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus
Contohnya :




Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa
Contohnya :




Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap
Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataan, iaitu :


Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.
Antaranya :
Kata Nama
Contohnya : peribadi, hulubalang
Kata Adjektif
Contohnya : sukacita, dukalara
Kata Sendi Nama
Contohnya : daripada, kepada
Kata Hubung
Contohnya : manakala, walhal, barangkali
Kata Tanya
Contohnya : bagaimana


Penggandaan Kata Majmuk
Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya :
Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar

Namun, kekecualian berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.

Contohnya :
Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha

Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :
a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah.
 Contohnya :


b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya :


Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
1.kata ganda penuh,
2. kata ganda separa, dan
3. kata ganda berentak

Kata Ganda Penuh
Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada :
1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.

Contohnya :
rumah-rumah
buku-buku
masjid-masjid

2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.

Contohnya :
pelajar-pelajar
ajaran-ajaran
kementerian-kementerian


Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :

1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet.
Contohnya :

laki-laki
lalaki
lelaki
siku-siku
sisiku
sesiku
jari-jari
jajari
jejari
langit-langit
lalangit
lelangit






2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.
Contohnya :





Kata Ganda Berentak
Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.
Contohnya :
  • sayur-mayur
  • calar-balar
  • saki-baki
2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan
Contohnya ;
  • mundar-mandir
  • tanah-tanih
  • kayu-kayan

3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.
Contohnya :
  • kusut-masai
  • ipar-duai
  • rempah-ratus
  • lintang-pukang

No comments:

Post a Comment