Monday, February 10, 2014

BMM 3109 : TOPIK 3

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu


A) KATA TUNGGAL

Definisi Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.




Jenis-Jenis Kata Tunggal



Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).



Kata Tunggal dalam Bahasa Melayu
 
Kata Tunggal
Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis :























Kata Tunggal Satu Suku Kata
Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :


















Kata Tunggal Dua Suku Kata

Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :

Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.


Kata Tunggal Tiga Suku Kata 

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.



































Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :













Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.











Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
·         tabika - taman bimbingan kanak-kanak
·         purata - pukul rata
·         kugiran - kumpulan gitar rancak

c. Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
·         Bernama - Berita Nasional Malaysia
·         Intan - Institut Tadbir Awam Negara
·         Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.


Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu:
1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil,
2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti,
3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti,
4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung.

Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini.


Imbuhan awalan
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :
1. awalan kata nama
2. Awalan kata kerja
3. Awalan kata adjektif



Awalan Kata Nama
Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama,
Contohnya :





















Awalan Kata Kerja
Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja.



Awalan Kata Adjektif
Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :





 Imbuhan Akhiran 
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :
1.    akhiran kata nama, dan
2.    akhiran kata kerja
Akhiran Kata Nama
Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama.












Akhiran Kata Kerja
Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .
Contohnya :








Imbuhan Apitan
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :
1. apitan kata nama
2. apitan kata kerja
3. apitan kata adjektif

Apitan Kata Nama
Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama.
Contohnya :


 
Apitan Kata Kerja
Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja.
Contohnya:
























Apitan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.
Contohnya :









Imbuhan Sisipan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:
1.    sisipan kata nama, dan
2.    sisipan kata adjektif.

Sisipan Kata Nama
Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama.
Contohnya :









Sisipan Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif.
Contohnya :



No comments:

Post a Comment