Monday, February 10, 2014

BMM 3109 : TOPIK 1

NOTA 1

I) KONSEP MORFOLOGI


  •       Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk  perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

  •       Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.
      

  •        Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.


Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.  Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal  dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.



II) IMBUHAN

a) Definisi Imbuhan

Definisi imbuhan menurut Tatabahasa Dewan (2004) ialah perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.

Abdullah Hassan (2004) mendefinisikan pengimbuhan sebagai proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Definisi imbuhan oleh Nik Safiah Karim dan rakan (1996) ialah proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.


Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula menyatakan imbuhan merupakan morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.


b) Jenis-Jenis Imbuhan


Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.


i) Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.


Awalan
Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber-, dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan, dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.

Apitan
Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an, dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,

Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el-, dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.

Morfem Kosong
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

Fleksi
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.


ii) Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu
Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. Tiga kumpulan ini ialah :

Imbuhan Sanskrit
Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.




















Imbuhan Arab Parsi

Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.






















Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris

Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.


pro-
probarat
-isme
sosialisme
anti-
antikerajaan
-isme
nasionalisme
poli-
poliklinik
-ik
prolifik
auto-
autograf
-ik
saintifik
sub-
subbidang
-si
sensasi
hetero-
heterograf
-si
revolusi
heksa-
heksagon
-al
praktikal
hidro-
hidrolisis
-is
dialisis
homo-
homogenus
-is
praktis
hiper-
hiperbola


kilo-
kilometer


makro-
makrolinguistik


infra-
inframerah


inter-
intervokal







Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.


imbuhan (awalan)

kata dasar
kata terbitan

pem-

bawa
pembawa

memper-

kuat
memperkuat

-isme

nasional
nasionalisme

-i

dekat
dekati

peng-…-an

isytihar
pengisytiharan

men-…-i

ikut
mengikuti

ke-…-an

sihat
kesihatan

ber-…-an

lari
berlarian

-er-

gigi
gerigi

-em-

gilang
gemilang




KATA DASAR
IMBUHAN
KATA TERBITAN

libat

lanjur

balik

sambung

terlibat

terlanjur

terbalik

sinambung


keterlibatan

keterlanjuran

menterbalikkan

kesinambungan



Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.




III) PROSES PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :




Penggandaan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.



Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

PROSES PENGGANDAAN
Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
1. Penggandaan penuh,
2. Penggandaan separa, dan

3. Penggandaan berentak.

Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
 Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.



 Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya :

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :


 pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

 pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.


KATA DASAR BERIMBUHAN

IMBUHAN

tersenyum

tersenyum-senyum
bercakap

bercakap-cakap


setinggi

setinggi-tinggi

membantu

bantu-membantu

mencuit

cuit-mencuit

menari

tari-menari

mengejar

kejar-mengejar


Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3 Penggandaan Berentak Bebas


 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu,


Perhatian:
Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.

KATA AKRONIM
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
 Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

a)    Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO - United Malay National Organisation

b)    Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

c) Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

1 comment:

  1. very good notes and very help full short notes that can be learn quickly and efficiently.

    ReplyDelete