1) Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata
Adjektif
Tahukah anda bahawa kata adjektif
yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur
inti dalam binaan frasa adjektif ?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada
satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain
seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah
seperti contoh yang berikut:
Ahmad sangat pandai bermain
muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.
2) Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif
Anda tentu telah mengetahui bahawa
kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang
menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama
sungguh, masih lebat lagi. Kata dalam golongan kata adjektif
menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif
mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk
berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada
imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)
Menurut Nik Safiah Karim et.al.
(2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu
(i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata
adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata
adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan
(ix) kata adjektif pancaindera Kata
adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan
sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh
berikut:
Kata adjektif warna sebagai unsur
keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna,
seperti contoh berikut:
Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Kata adjektif waktu
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi
pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
Kata adjektif jarak sebagai unsur
keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang
seperti contoh yang berikut:
Kata adjektif perasaan ialah perkataan
yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi
pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:
Kata adjektif pancaindera sebagai
unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh,
dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:
Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata
Tugas
Golongan kata tugas merupakan
golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain,
golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah
turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk
frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas juga menjadi salah satu
unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas
sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai
pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan
sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh
perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis
tertentu.
Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas
Kata tugas ialah sejenis perkataan
yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas
tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa,
prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk
huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)